JellyPages.com

Friday, December 24, 2010

Beauty and the beast

assalamualaikum!
pagi sume!! eh..da tgahari. hehe..lmbt aku wish ye. pdahal da berejam aku dpn laptop dari pgi tdyy. hehehe... sakai btol. well, pagi2 neyh perot aku slaloo menyanyi-nyanyi..na makan. so, pgi neyh aku cme wat roti telur cmpur madu. sedap...nnty korang cbe la ye. hehehe..oke2..aku ade story yang mao dikongsikan bersame kamu, kamu dan kamu semua.

ni kisah benar ye yang terjadi kpde seorg gadis yang berpindah ke suatu daerah kerana ibu bapanya yang terpaksa bertukar kerja. jadi, gadis ini terpaksa mengikut kedua ibu bapanya walaupon hatinye begitu berat meninggalkan rakan2 dan kawasan tempat tinggalnya yang banyak mencipta kenangan yang indah. sementelah, gadis ini juga terpaksa berpisah dengan sang pujaan hati..sebab itulah dye berasa begitu sedih dengan perpisahan ini. tetapi, kerana patuh dan taat kepada kedua orang ibu bapanya, gadis ini akur dengan takdir. mungkin mereka tidak ada jodoh..kalau ade pon, pasti mereka akan bertemu kelak.

apabila menjejakkan kaki ke kawasan yang baru, segalanya seperi biasa. tiada perubahan pon yang berlaku. tiada apa2 yang menjengkelkan atau mengganjilkan dan ini membuatkan si gadis selesa dengan suasana di kawasan baru itu. lagipon kawasan itu sungguh damai dan jiran2 pula sangat mengambil berat, saling tolong menolong dan hormat menghormati. apabila berpindah kekawasan yang baru, bermakna gadis ini juga perlu berpindah di sekolah baru yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalnya. hanya memakan masa selama 10 minit jika menaiki kereta dan 30 minit jika berjalan kaki. maka, gadis ini mengambil keputusan untuk menaiki bas sekolah kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya yang terpaksa menghantar gadis itu seawal pagi untuk kesekolah.

ketika sesi pengambilan pelajar baru kesekolah, gadis itu mendapat ramai kenalan baru yang ramah dan riang. gadis itu berasa seronok sgt dan bersyukur kerana dia tidak akan berasa sunyi kerana sikap gadis yang pemalu serta pendiam. dipendekkan cerita..ketika gadis ini menjejakkan kaki ke kelas brunya, ramai yang memandang gadis tersebut dan terpegun. bukan kerana cantik atau ade cahaya yang menyinarinya, tetapi kerana kerendahan gadis tersebut. gadis itu juga terkejut dan memikirkan barangkali tersilap kelas kerana kesemua pelajar didalam kelas itu tinggi dan besar. hanye die seorang sahaja yang kcik dan rendah. tetapi apabila melihat nama kelas yang tertera didepan kelas..gadis itu yakin bahawa die masuk ke kelas yang betul walaupon hatinya berasa was-was ketika itu.

3 hary berlalu..dan gadis itu mulai selesa dan berasa seronok dengan sekolah barunya kerana majoritinya melayu. bukan seperi disekolah lmenye yang majoritinya cina dan india. melayu tidak begitu ramai. jadi, di sekolah brunya..gadis itu mendapat ramai knalan baru dan tidak kisah dirinya dipanggil kecik oleh rakan2 sekeliling. sudah 3 hary berlalu, tetapi gadis itu tidak pernah langsung bertegur sapa atau borak dengan seorang jejaka ataupon ketua tingkatan kelas itu. bukan sombong atau apa, tetapi jejaka berkenaan yang seperti sengaja mengelak untuk berkata dengan gadis itu. pada luaran si jejaka, dye nampak agak ganas dan ala-ala samseng...mempunyai muka yang agak bengis tetapi comel kerana matanya yang boolat, bibir yang tebal, suara kejantanan , badan yang tegap dan orangnya sangat tinggi..tetapi apabila gadis itu bertanya kepada rakan yang mengenali jejaka itu, rupanya jejaka itu segan dengan perempuan. patotlah ta pernah nampak dye berborak atau bergurau senda dengan kawan2 perempuan seperti yang dilakukan oleh rakan2 lelaki yang lain...gadis itu mula kagum dengan sikapnya yang pemalu walaupon ganas.

2 bulan berlalu..mereka langsung tidak bertegur sapa...gadis itu cuba untuk berborak dengan jejaka berkenaan tetapi langsung ta dpt. kerana jejaka itu sering mengelak...kecewa dan sedih mula melanda. gadis itu mula minat terhadap jejaka berkenaan bukan kerana dye kacak atau comel, tetapi sayang itu dtg dengan tiba2 tanpa diduga. tetapi jejaka itu seorang pelajar yng bermasalah, sering bergaduh dan ponteng kelas..sehinggalah suatu haryy jejaka itu di gantung sekolah selama 2 minggu. kesunyian mula melanda gadis berkenaan kerana tiada suara garau yang mengundang ketawa gadis itu. kemudian..sebulan jejaka itu tidak muncul ke sekolah. ade berita mengatakan jejaka itu di belasah oleh ayahnya menggunakan tong gas sehingga jejaka itu lari dari rumah kerana tidak tahan dibelasah. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya hati gadis itu kerana tidak akan berjumpa lagi dengan jejaka tersebut dan mengambil keputusan menerima lamaran seorang lelaki yang mahu gadis itu menjadi peneman hati.

sudah 8 bulan berlalu..gadis itu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana kecurangan kekasihnya dpt dihidu. mujurlah gadis itu tidak terlalu memberi sepenuhnya kasih sayang terhadap kekasihnya kerana hatinya masih lagi untuk jejaka yang hilang. apabila menjelangnya peperiksaan yang penting, gadis itu dikejutkan dengan kehadiran jejaka yang dipujanya. kerana terlampau terkejut, gadis itu menjerit kesukaan..dan tersangat seronok apabila meje peperiksaan jejaka hanya bersebelahan dengan gadis itu. ketika peperiksaan tamat..gadis itu sedang menunggu kedatangan ibunya untuk menjemputnya pulang kerumah. sedang menunggu, tiba2 jejaka itu menghampiri gadis tersebut. jantung bagaikan mahu tercabut dan gadis itu kaku tidak bergerak. jejaka itu tersenyum kepadanya dan tanpa dijangka oleh gadis berkenaan, jejaka itu melamarnya menjadi peneman hati. terkunci, terkedu, terkejut..itulah yang gadis itu alami. jika mahu, pasti gadis itu sudah terkena serangan penyakit jantung ataupon lumpuh satu badan kerana terkejut. begitu hebat penangan jejaka itu.

dan sejak itu mereka digelar pasangan kekasih dan pada hari ini sudah genap 2 tahun 2 bulan 9 hari mereka menjalin hubungan dan banyak dugaan yang mereka tempuhi. tetapi, kasih dan sayang mereka tetap utuh hingga ke hari ini.

*kisah tersebut ialah kisah benar dan tidak langsung di ubah atau ditambah.

1 comment:

  1. Wow...romantiknya..suka sangat cite nieh...best!

    ReplyDelete