JellyPages.com

Friday, February 17, 2012

Anda di mata orang lain

assalamualaikum !
ptg da..jap ag nak kua ngn HUBBY sayeeeee ! weeee... huhuhu..sebelom tu, aku nak share something yang buat aku tersentuh. bukan sedeyh or what..tpi tersentuh je la. 

Hayatilah................

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang berharga RM100 , dia bertanya kepada hadirin...

"Siapa yang nak duit ni?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. 

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang daripada anda. tetapi sebelum itu..izinkan saya melakukan seperti ini"

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramasnya sehingga renyuk. Lalu dia bertanya lagi...

"Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah",jawabnya..

"Apa akan jadi jika saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya, meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor, lusuh dan amat renyuk. 

"OK..sekarang masih ada yang berminat?"

Tangan-tangan yang agkat masih lagi tidak berkurang.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin sekalian, anda baru sahaja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. 

Biarpun renyuk, lusuh dan kotor wang ini tetap bernilai RM100 juga.

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.  Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga dan tidak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi dimata tuhan. 

Jadi, walau bagaimana kotor pon anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri, sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa. Terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan lupa kita adalah makhluk ALLAH yang dipandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

______________________________________________________________________

see...itu sahaja dari saye. nak bersiap nih. BYE2!!

No comments:

Post a Comment