JellyPages.com

Thursday, August 27, 2015

Toclothesshop : website menarik untuk shopping baju!!

Assalamualaikum!
Hai semua! lama dah tak mengupdate blog. zura buuussyyy sgt! busy ke? hahaha. betul lah busy. nak Final year project dah sekarang ni. Ok! zura xnak lengah2kan masa. penat tadi dok ngedit cara2 nak order. order ape? haaa! ni..zura nak bagi tau uolls website shopping yang sgt menarik utk korang. especially pada yang suka shopping dihujung jari macam zura ni. Nama website ni adalah http://www.toclothesshop.com/ . Zura dah menggunakan khidmat website ni utk order baju2 selama 3 tahun dah.  zura suka sebab baju2 dia SEMUAAAA molek belaka dan menepati citarasa fashion zaman sekarang. nak ala2 swag, ala2 hipster, ala modern dan macam ala2 lagi semua ada tau. hampir kesemua baju2 dalam almari zura, zura order dari website ni. layanan dia sangat tiptop, sangat bagus. website ni terus dari china, mula2 zura agak ragu2 jugak nak try..tpi disebabkan cantik sgt masa tu...zura cuba jelah, sampai skrg melekat pada yang satu. murah2 pulak tu. 

untuk makluman korang, zura memula start berjinak dengan niaga adalah dengan menjual baju2 dalam website ni. zura email owner website ni kata nak jadi agent dia, dia akan bagi diskaun berapa percent, pastu kita just mark up harga kita. zura start niaga dekat instagram. memang meletop, ramai gila order dkt zura. dalam sebulan followers dah naik 4000. nama instashop zura dulu zura letak @sweetlionshop. pernah dengar tak? hehehe. sekarang dah tak jual sebab ramai org sekarang taknak pre-order, semua nak ready stok..so makin lame cust zura makin berkurangan..lepastu langsung tak ada. T_T. sedih memang lah sedih, tapi nak buat macam mana kan? tapi lepastu zura jual produk kecantikan pulak, yg tu cust tak pernah putus sampai skrg. heheheh

apa itu pre-order? pre-order adalah barangan luar dari kawasan Malaysia dan ambil masa seminggu utk sampai kedestinasi. oh ye. estimated day Toclothesshop ni post barang adalah dari 7-10 hari. memang takkan lebih dari 10 hari. CONFIRM!! kadang2 belum sampai seminggu barang dah sampai. memang service dia sangat terbaik. \

Nak order dkt toclothesshop ni tak adalah merumitkan sangat pon. tapi zura tetap nak ajar cara2 nak order dekat Toclothesshop ni step by step.

(klik gambar utk lebih teliti)

STEP 1 : LOG IN
Bukak website Toclothesshop. dan terus klik sign in or register

Macam zura dah ada akaun, zura terus login je, yang belum ada boleh sign up terus :D

uolss akan terus ke page ni sebaik sahaja dah log in. 

bila korang klik yang my account tu, korang akan nampak page yang  macam dalam gambar tu.

STEP 2 : ORDER!!





ini rupa dia kalau beli banyak. :D





STEP 3 : PAYMENT!!

(korang boleh pilih akaun bank mane yang korang nak bank in? macam zura, zura guna cimbclicks. kalau nak guna atm pon boleh, yang penting resit tu snap gamba dulu)


(Toclothesshop akan terus email order uolls dekat email yang korang bagi dkt dia, order ni sebagai rujukan ye.)

(terus tekan reply dan bagi detail2 yang zura dah suruh korang copy tu. jangan lupa tau bagi gambar resit sebagai bukti pembayaran)

(toclothesshop akan email korang lagi sekali once payment korang dah confirm)

(kalau ada baju yang out of stock, dia pon akan email korang, if korang tak email within 3 days..dia akan terus masukkan duit korang ke akaun korang dalam toclothesshop, bukan refund duit terus ke akaun bank kita)


Haa! macam mana? senang ke susah? complicated sikit? tak pelah..nanti bila korang bukak website dia, terus korang jadi pro nak order. percayalah cakap zura! hehehe. Drop ur comment down below. any question, boleh lah tanya2..insyaallah zura akan jawab dalam masa doploh-pat-jam. hehehe.

ok lah, sampai disini sahaja tutorial/tips zura. ceehhh..happy shopping uolls!!!

Tuesday, May 26, 2015

Us then, us now

Assalamualaikum!
Rajin bebenor update blog. biasalah..boss xdak, kerja siap..pastu tak tau aih nak buat apa. humm...saja ja nk post gambaq kami dulu2...dan gambaq kami sekarang. heeeeee


This is us before we even know each other. humm..harap satu kelas, tpi kenal pon x mase ni. i remember..masa ni ada trip class VRC ke KL. tgok hasil2 art2 yang orang buat. tudung putih tu aku, dan baju warna hijau tu dia. dari camera orang lain. i wonder siapa lah yang tangkap gamba kami ni. hehehehe



Ok, this is us. macam mana boleh terjadinya perkenalan antara kami. masa tu aku tengah nak carik grup member memandangkan hasil kerja aku terpilih oleh lecturer. so aku jadi boss, heheh..xlah. so aku automatik jadi grup leader dan kene cari ahli untuk tolong aku untuk last projek aku. satu grup hanya ada 3 org ahli termasuk aku leww. sorg dah dapat..sorg g aku dah buntu dan keliru nak carik sape. oh no! aku x kan amek student foreigner pasal english aku bersepah masa tu. aku tetap nak carik local student gak. sampai lah ada membe aku cakap.."kneapa tak amek ammar?". aku boleh tanya "siapa ammar" dan membe aku tnjuk pada seorang lelaki tgah berdiri dkt tengah2 kelas. tunggu kalau2 ada leader sudi ke x nak amek dia jadi ahli member. aku yang tak pikir masa apa tu, terus je tegur dia..tanya dah ada grup ke, dia geleng pala..pastu aku ckp jom jadi ahli grup aku...then dia ok je. so daripada situlah terjadinya perkenalan sebagai seorang kawan antara aku dengan ammar. humm..masa tu aku tengah kapel dgn ex aku. hehehe.

then dekat sebulan tu aku clash dgn ex aku. so aku tweet lah macam2 haram dekat twitter..then masa tgah buat kerja dkt atas tu, tpi masa tu dkt tmpt lain..dia tego kenape. memula malas nak bg tau..aku senyap je. pada aku kau sapa an nak amek tau pasal aku. tpi tgok muka cam ikhlas je...aku pon luahkan lah bla bla bla. tpi xdelah sampai nangis. hehehe...daripada situ kami rapat.

dah dekat 3 bulan aku single..ingat nak single sampai habis degree..haha!! tak kesampaian sebab dia dengan bersungguh2nya nak ngayat aku jadi awek dia. aahh!! memula ofkozz aa jual mahal an? tpi lame2 dia caring gila baboss! tak pernah lelaki ngayat aku secaring dia tau. aku yg cepat jatuh hati ni pon..kapel laaahhh.

ihik ihik ihik.
gamba ni belom kapel..tapi dia nak ngayat aku lettew. hhehehe. ni dekat alamanda ni.

so..tepat 2.7.2012 aku pon kapel laaahh dengan Ammar b. Yusof. heeeeeee. Ya Allah!! Gatalnye!! hahaha

Us 2012

Us 2015 - Mei 2015. Lagi beberapa bulan nak genap 3 tahun.

xnak ckp banyak. sebab tak kahwin lagi...tapi nak cakap, stay with me..and marry me please. jadikan saya yang halal untuk awak! :D

Sunday, May 24, 2015

Review on buku terbitan FIXI

Assalamualaikum.
Again..we meet again. few minutes ago, i write about im addicted with my own boyfriend. ehehehe...lega sikit aaahh. now, aku baru teringat yang aku baca satu novel yang bakal mengubah mindset aku. maksud aku..ubah mindset yang buku2 novel keluaran Fixi adalah bukan buku gaya penulisannya yang skema dan nerd, tapi gaya penulisan, olahan dan karya mereka yang sgt kreatif dan keewwl. yup, kewwl mayn. seolah-olah watak yang dorg cipta tu adalah kawan2 kau..or watak2 yg dorg cipta tu..kau dah lama kenal. macam tu lah. 

So!! ok first..macam mana aku boleh terjerat dalam Fixi ni? sebab aku suka baca cerita2 hantu, dulu aku kemaruk dengan novel terbitan alaf 21. biasalah, buku terbitan alaf 21 ni banyak cintan cintun, so dulu kan nak sweet2, jadi mmg aku suka beli lah..suka senyum sowang2..suka berangan konon ada prince charming yang cool. (lagu cool kids berkumandang), tpi makin lama..makin aku membesar, dan matang ni..(cheehhh), banyak buku terbitan alaf 21 cerita dia aku rasa  macam gebang dan xkan ada dalam dunia nyata. serious shit aa. and jalan cerita pon hampir sama. libatkan anak orang kaya, miskin, mak yang suka..mak yg benci..bapak yg sporting, ada org ketiga..eh! cliche semua tu. mcm nak lempang sorg2. eeuuwww. nasib baik aku dah matang tak beli semua benda2 disgusting itteww. yuks! hhahaa. melampau siaa. padahal dah penuh satu rak aku kumpul buku terbitan alaf 21. (tapi aku dah bakar semua buku2 tu.)

ok ok..berbalik kepada cerita mcm mana aku boleh melekat dengan buku2 terbitan Fixi ni..sebab masa tu aku tengah cari novel seram2 dkt Dpulze Cyberia. aku dah pandang buku Kacau dengan Asrama. aku tak amek Kacau masa tu..sebab cover dia macam dah ada someone memerhatikan kau. haaa...seram tak. aku tgah pegang Asrama dan Jangan Baca Novel Ini. tapi bila tgok cover buku Jangan Baca novel ini mcm bosan..aku letak, amek Asrama. (nampak tak cover buku pon memainkan peranan sama ada cerita best atau x. hehehe). So, dah bayar Asrama, aku balik..tido. Sebulan jugak aku x sentuh buku Asrama tu. sebab ape eh? haa! sebab aku ingat gaya penulisan dia mcm nerd. masa tu ada sikit menyesal lah jugak tak amek Jangan Baca Novel Ini, heee..so, balik kampung nilai..aku saja bawak buku Asrama. dkt kampung aku xde internet, astro pon kene potong pasal tak bayo. hahaha! so..bosan tahap gaban, aku pon baca jelah buku Asrama, and guess what? IT WAS AMAAAZING!! serious aaa. tak tipu doh. penulis dia kreatif gila babos!! sampai at the end of the story..aku ternganga macam tak caya kenapa boleh jadi camtu..bla bla bla. so dari situ, aku buat andaian, ok..buku Fixi ni best jugak. so, the next morning...aku beli buku Gelap - By Ariff Adly. eh, btw aku lupa siapa penulis Asrama. hehehehe.

Keesokan harinya, aku bawak buku Gelap tu pi opis. aku selalu datang opis setengah jam awal..so ada masa lah nak baca buku Gelap. masalahnya, opis dah bukak..aku baca lagi. boss masuk aku tutup lah kan. tpi hati ni berkobar nak baca..eager sgt nak tau apa jadi seterusnya..lepas rehat, boss dalam bilik..aku sanggup curi2 baca..sampailah habis buku Gelap aku baca. yup! menarik siaa jalan cerita dia..yang penuh misteri dan dendam, dan juga psiko ni. hari khamis aku ajak bf aku pi Dpulze Cyberjaya lagi..kali ni nak beli buku Kacau - by Ariff Adly jugeekk. aku lupakan cover dia yang macam nak makan aku. sebab mesti cerita dia gempak..but at the same time aku tak sangka cerita tu akan buat aku jadi penakut macam tikus. sebab aku selalu baca novel pasal hantu2 ni..mcm biasa2 je lah kan. yang cerita Asrama tu cerita hantu..ada jugaklah part seram dia, tpi xdelah sampai terbawak dalam mimpi. but this novel is creepy like shit!! tapi aku tak baca Kacau haritu jugak.

Hari jumaat aku x dtg opis pasal ada briefing internship. oh lupa nak bagitau..aku tengah internshit btw. hehehe. so, briefing habis awal...tpi aku malas nak sambung pi keja..aku kata kat boss nak hanta report..padahal..lepak dkt rumah. urmm..sebenarnya aku rasa tak berapa sihat haritu. so, dikesempatan inilah aku baca Kacau. and the nightmares begin!! banyak kali aku stop jap..amek nafas, tahan, hembus. main game..online facebook...dan sambung baca. punya aku fokus dengan cerita kacau aku x sedar dah nak maghrib. settle baca..aku menggigil. aku mula bayangkan benda yang dalam novel Kacau aku baca ada dkt bilik aku. aku mula membayangkan watak2 dalam novel tu semua real..secara amnya, aku rasa cerita tu macam kisah benar. aku x dapat terima hakikat yang watak utama mati bunuh diri. malam tu aku demam. lagipun sebelum baca Kacau aku mmg rasa tak sihat. aku takut sorg2 dalam bilik, pkol 12 malam aku ajak bf aku makan mamak. aku x bagitau dia lagi aku baca cita hantu ni. dkt kedai mamak baru aku cita. dia tgok muka aku pucat..tu sebab aku demam lah! hahaha. lepas makan, berat sgt hati nak balik bilik. sebab tido bilik sorg2, eventho aku ada housemate...tpi masing2 tido bilik masing and aku x berapa kenal sgt dgn housemate aku. hahaha! so, nak xnk balik jelah sebab aku tgok bf aku macam dah mamai je. mengantuk sangat lah tu. so balik, aku bukak youtube tgok cerita doraemon. ngntuk mmg ngntuk...tpi bila aku off youtube, aku terbayang cerita Kacau.

korg tak penangan cerita Kacau pkol berapa aku tido? lepas subuh..baru aku dapat tidur. tu lah...x dapat tidur, solat lah tahajud ka, sunat ka, apa ka..kan afdal, ni tak...dah subuh baru kau teringat nak solat..barulah aku boleh tidur. huh! penangan Kacau!! sumpah seram. like seriously. aku tak tipu langsung!!!


ni dia cover buku Kacau. ni masa briefing..oh lupa nak bg tau..time tgah briefing tu lah aku dok membaca buku ni..hahaha. malas layan briefing sebab apa dia ckp semua ada dalam slide show...boleh download dari website dan refer dari situ je lah. seram sial buku ni. sumpah seram nak mampus!!! 

Semalam aku beli buku Fixi yang baru. tajuk dia Gantung-Nadia Khan. dan 3 ja aku nak cakap pasal buku Gantung ni...Terbaik, Kreatif, dan Salute dengan korang yang ada imaginasi yang luas ni. haish! ok dah..boss dah masuk, and i need to fokus on my work. boii