Assalamualaikum ! Entry kali ni aku cume copy paste dari
http://wirapendang.blogspot.com/2009/04/kisah-sejarah-ainul-mardhiah-bidadari.html
saje nak share dengan korang coz cerita dye TERLALU MENARIK !!
actually tetibe nak cerita pasal AINUL MARDHIAH ni sebb tertgok COMMENT akak MUNGE dengan abg ZAIM pasal Bidadari...dari aku mase darjah 6 smpai lah sekarang nak sesgt tau cerita pasal Ainul Mardhiah sebb asyik dengan UNIC nyanyi je kan...mne paham mse aku kcik2. sooo...akhirnye aku dpt tau cerita ni dengan lebih terperinci dan amat menusuk hati !!
HAYATILAH CERITA INI SEDALAMNYE .....
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang diredhai) . Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib ( berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi SAW, kerana malu dengan sahabat-sahabat yang lain. namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar dijalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil Khailulah) , maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah. dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini , dimanakah beliau berada? lalu ada suara yang menjawab inilah Syurga. tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW beritahu tadi), lalu ditunjukknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini. di suatu pepohon beliau mendapati ade seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, adakah ini Ainul Mardhiah ? ehh tidak (lebih kurang macam itulah dalam bahasa kita) , saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada didalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ade seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi dilihatnya. sedang mengilap permata-mata hiasan didalam mahligai lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah ini Ainul Mardhiah?? eh tidak..saye hanya penjaganya didalam mahligai ini. Ainul Mardhiah ade diatas mahligai sane. lalu dinaikinya anak-anak tangga permata mahligai itu , kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahliai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang keduayang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah dilihat didunia ini, lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah. aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab , nanti kamu belum syahid lagi. tersentak daripada itu pemuda itupun teraga daripada tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain. namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia Syahid barulah diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu bersama-sama jemaah yang terdapat Nabi SAW telah keluar berperang /berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah mati syahid. petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang telah mati syahid bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritkan perihal mimpi pemuda syahid tadi.
Sahabat pemuda yang mati syahid tadi, dalam menceritakan Nabi SAW, Nabi SAW menjawab benar benar benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW memang benar ceria sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa disyurga.