Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu seorang. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang di kecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu..bakal suamiku.
Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.. Amiiin...
Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :)
Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^
Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya.
Beza seorang perempuan dengan seorang muslimah..
*Perempuan*
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.
Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.
TETAPI SEORANG...
*Muslimah*
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.
Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.
Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.
Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari
#Ya Allah .. indahnye islam.