JellyPages.com

Friday, February 8, 2013

Sardin masak cili padi tutorial

Assalamualaikum :)
Haaaiii! haaa...selame ni ta penah aku  update entry pasal nak masak2 ni kan? hehehe. ini kerana semalam aku masak sesorang dan agak membosankan. so, saje2 snap gmba and letak dalam blog. baru hari ni berkesempatan nak update blog sebab semalam penat gile bapak arh. pas masak, tros tido sampai tengah malam. heeeeeee. >_<. sardin ni mmg confirmlah senang gile nak masak. aku tahu, korang sume mesti dah pro an an pasal bab-bab masak memasak nih. tpi..saje-saje. sebab dah tatau nak update entry ape. hekhekhek. okay! lets begin :)

so, macam biase...kenelah sediakan bahan2 nak masak nye dlu. 
sediakan bawang putih dan bawang besar.
cili padi. ikot korang lah nak banyak mane. kalau sape yang suke pedas..byklah cili padi. sape yang ta suke pedas..letak skit jelah cili padi. aku yang suke pedas nih, aku letak banyak tuh lah. :)
dan yang paling penting sekali, sardin mackerel nih..jenama ayam brand. sedap wok :)
lepas tu tumbuk capacap bahan2 yang nak ditumis iaitu bawang putih, bawang besar dan cili padi. tumbuk capacap tu mknenye, tumbuk ta hancur sangat lah. tumbuk cmtu2 je :)
panas kan minyak sebelum tumis. pastikan minyak tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit :)
lepas minyak dah panas, masok kan bahan2 yang nak di tumis tu. kacau sehingga cili tu benar2 masak. jangan lupe masok kan secubit garam dan juge ajinomoto :)
then, akhir sekali masok kan sardin mackerel tuh. kacau sehingga masak.
taddaaaa!! dah boleh makan. yummy! 

so..okay tak tutorial tadi. ngehngehngeh. ni pon entry sesaje je pon. okay..selamat mencube :3

No comments:

Post a Comment