JellyPages.com

Saturday, October 30, 2010

menjaga tutur kata

Assalamualaikum..ha!! hari neyh aku na kongsi sesuatu dengan korang. tadi aku dok kemas bilik...kemas punye kemas, aku terjumpa majalah NUR edisi julai 2009. ptot lah ilang, blakang almari buku terletaknya. huhuhu...aku pon belek2 buku tu dan aku tersangan menarik dengan tajuk tersebut. menjaga tutur kata. huhuhu...baca lah ye??



          Muaz bin Jabal melaporkan, dia pernah berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W, "Wahai Rasulullah, terangkan kepada saya mengenai amalan yang membolehkan saya masuk syurga dan menjauhkan saya daripada api neraka."
          Nabi Muhammad menjawab, "Saudara bertanya sesuatu perkara yang besar. Namun ia ringan dilakukan bagi sesiapa yang diringankan oleh Allah Yang Maha Agung lagi Maha Besar. Perkara itu adalah saudara menyembah Allah, jangan menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun. Saudara mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan melakukan ibadat Haji di Kaabah." Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, "Mahukah saudara jika saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan dosa seperti air yang dapat memadamkan api, serta solat tengah malam.
          Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat al-Quran; surah as-Sajadah: 16-17, "Lalu mereka meninggalkan tempat tidur mereka bagi mengerjakan sembahyang sunat tahajud dan beribadah kepada Allah. Mereka juga sentiasa berdoa kepada tuhan dengan perasaan takut dan mengharap. Mereka juga sentiasa mendermakan sebahagian harta yang Kami berikan. Setiap orang tidak tahu satu per satu balasan baik yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka yang mereka sangat suka melihatnya, sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan." 
          Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, "Mahukah saudara jika saya terangkan apa yang menjadi kepala pekerjaan, tiangnya dan puncaknya?," Muaz menjawab ," Mahu Rasulullah." Nabi Muhammad berkata, "Kepala pekerjaan adalah islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya jihad." Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi, "Mahukah saudara jika saya terangkan apa yang menguasainya?" "Mahu Rasulullah.
" kata Muaz. Nabi Muhammad menunjukkan lidahnya sambil berkata, "Jagalah yang ini." Muaz bertanya, "Wahai utusan Allah, adakah kami akan diseksa atas segala yang kami ucapkan?"
          Kata Nabi Muhammad, "Muaz, bukankah manusia dicampakkan kedalam neraka akibat perkara yang mereka ucapkan?"

(Hadis Riwayat Nawawi)

1 comment:

  1. good girl..=)
    zoeyzauyah.blogspot.com
    embunpro.blogspot.com (mekap blog)

    ReplyDelete