JellyPages.com

Monday, February 29, 2016

Anime yang aku suka sampai OVER suka!!!

Assalamualaikum!!
Lama gila tak update blog ni. Berapa bulan dah. tak ingat. well, tetiba nak update entry baru ni sebabnya bosan level 90000xxx. aku skrg dekat dalam bilik, masuk hari ni 4 hari terperap tak keluar2 pasal boipreng balik kampung. tak ade sape nak ajak lepak. kawan? sume keje. kawan kolej? ummmm...tak berapa rapat. kalau ade ammar je, lepak dengan dorang sebab ammar ramai kengkawan kolej. aku? tak reti aaaa buat kawan. hepp hepp hepp...bukan sombong, cumaaaaa tak tau nak start the conversation macam mane. if ade orang start pon, aku just jawab cam sepatah..pastu diam. (awkwaaarddd) so, untuk mengelakkan suasana awkward itu, baik aku perap dalam bilik je. kenape tak balik kampung sekali? well, actually ade assignment yang aku kene siapkan dan kene hantar by weekend. duuuhh, lecturer ni, weekend2 pon kena hantar asaimen. -_- ammar tak amek subjek yang aku amek, so dia boleh balik. and dia pon dah berapa lama tak balik kampung, and barring list pon dah keluar...so dia boleh ponteng kelas. nampak mcm banyak alasan. tpi tu lah hakikatnye. heheheh. daaaannn, keje aku pon dah siap sebenarnye dan harini aku ponteng kelas. ehehehe. 

ammar balik hari jumaat. dari hari jumaat lah aku perap dalam bilik. urmm, keluar beli makanan je, then balik bilik balik. macam tak dak life. aku ingat nak jog lepas subuh. taman dekat dalam MMU tu pepagi mesti takde orang kan? thats why terpikir nak jog lepas subuh. taapiiii...aku malu aaa. kot ye ade orang. dah lah tak biasa jog. hahahah. kenape tetiba terfikir nak jogging? saje, nak mulakan gaya hidup yang sihat (cheehhh). yela yela, sebenarnye..lame dah. aku ternampak ade orang share post pasal pompuan tu dah umur 50 tahun, tapi nampak macam 20 tahun je muka, badan selim, perut flat. sebijik lah macam umur 20 tahun, tapi its a fact ok. tips dia, makan makanan sihat dan bersenam. inspirasi baru memandangkan aku ni takut tengok muka berkedut (padahal baru umur 23). means, aku takut tua lah. jeles woooo, tengok Rozita Che wan umur dah 40 lebih tapi badan bergetah. korang yang perempuan ni, tak jeles ke? and, aku tak nak bergantung pada kolagen sahaja. hehehe. thats why lah, aku yang tak pernah2 berjogging, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat ni cuba nak berubah. jikalau asyik terperap dalam bilik, nescaya badan-badanku terasa lelenguh. boipreng aku pon dah banyak kali nasihatkan. tapi tapi, tak syok jog sesorg, ade boipreng indah sikit kan. hahahah. terciptalah memori percintaan kami berdua. (silakan muntah)

Dalam pada duk terperap dalam bilik ni, dan takde idea nak men-doodle. (urmm...bukan takde idea, malas. eheeeee), aku teringin puleee nak tgok anime-anime ni. aku bukan lah seorg peminat tegar anime. juga bukan gilakan anime. anime2 yg aku minat mestilah nampak macam logik akal, takdelah asyik benda2 bodoh je keluar. dan aku tak suka anime yang cerita sampai episode beratus-ratus. cukup maximum 30 sahaja. tak adalah aku sampai nak muntah tgok benda sama je kan. heheheh. dan aku suke anime yang mcm adult content. ehem! bukan anime yang asyik buat gegitu hokkeyh atau senang cite hentai..NO NO NO. adult content yang aku maksudkan mcm kanak2 tak boleh tgok sebab ada adagen-adagen yang membahayakan. membahayakan yang aku maksudkan ialah macam kena potong kepala kaaa, kena bunuh darah banyak2 lah...camtu laaahhh. paham? jgn kotor sgt fikiran itu. hehehe. so aku adelah buat research sikit dkt youtube, aku taip best action/romance/ anime ever. mestilah kene ade bab2 cintan cintun. kalau tak bosan lah kan? haha. aku jumpa beberapa anime yang betul2 buat aku fokus. jalan cerita pon best, logik, tak ada lawak bodoh...sume masuk akal dan ada genre2 sains fiksyen didalamnye. well, aku mmg sgt memilih orangnye bila masuk dalam bab2 nak tgok movie atau membaca buku. hehehe..(btw, nanti aku cerita pasal apps yang aku suka ni)

So ni adalah anime pertama yang aku tgok!!


Sankarea - 14 Episode

Menceritakan sebuah jejaka bernama Furuya yg sangat addict dengan zombie dan dia kalau boleh nak bercinta dengan zombie perempuan (pelik kan? aku mmg suka cerita pelik2 ni) then satu hari kucing dia nama Babu meninggal. Furuya sangat kecewa dan dia ada terjumpa buku nenek moyang dia waktu dia kemas temple pakcik dia. buku tu pasal nak hidupkan mereka yang telah mati. tapi dalam buku tu ade satu part yang tertutup iaitu ramuan tumbuh-tumbuhan racun. so dia pon pergi dekat bangunan yang dah lama kena tinggal dan cuba ramuan-ramuan dalam buku tu tapi semua tak menjadi. Sampailah ada seorang perempuan bernama Rea datang dkt bangunan tu..dan dari situ semuanya berubah. jeng jeng jeng!!!! malas nak cerita semua, nanti tak surprise. tapi yang penting cerita ni mmg gempak dan best dan syok!! tak rugi tengok hokkeyh!!

2nd anime yang aku tgok dan berjaya habiskan dalam masa satu hari (pagi sampai malam..hehehe)


Kyoukai No Kanata - 12 Episode
Kyoukai No Kanata Movie : I'll be here (lepas tgok episode atas baru tgok movie ni)
Kyoukai No Kanata : Shinonome - 1 episode (lepas tgok semua cerita dkt atas, tgok episode ni pulak)

Well well well. where do i want to start. ouh yes, sinopsis!!
Seorang lelaki bernama Akihito Kanbara terjumpa seorang perempuan bernama Kuriyama Mirai dkt atas bumbung sekolah and dia igt perempuan tu nak bunuh diri. so dia pon berlari naik keatas dan konon nak selamatkan perempuan tu. perempuan terus lompat dan tikam dia..tapi Akihito Kanbara sebenarnye separuh manusia dan separuh lagi demon. dan Akihito ada kuasa Immortality dimana even dia ditikam banyak kali dia tak akan mati. tapi dia still boleh rasa sakit. Kuriyama Mirai pulak adalah sorang Exterminator yang disumpah mempunyai darah yang bahaya, pedang dia adalah dari Darah dia dan kalau demon lain terkena darah dia, kira mcam asid. camtulah. dan actually...aaaa, part ni nak bagi tau dak..ok ok, xnak lah. iolls tak nak jadi spoiler..better chuolls sndiri pi tgok cerita dia. sumpah best. BEST ANIME EVER!!!!!!!!!! (dan aku sndiri ulang tayang dari episode pertama...berhuhuhu)

3rd Anime yang juga aku berjaya habiskan dalam masa satu hari. hehehe


Tonari no Kaibutsu - kun : 13 Episode

So anime ni tak de action2. just story pasal orang biasa sahaja.

Mizutani Shizuku is the type of person who only cares for her own grades. But when she accidentally delivers lesson notes to Yoshida Haru, he becomes convinced they are friends. Haru turns out to have a very innocent personality, but who would've thought that Haru would actually confess to Shizuku? A cold-hearted girl and super-troublemaker romance with a fresh new perspective. 

(sorry,copy paste...hahaha. harap korang semua faham lah ye)

ok ok, ni antara anime2 yang berjaya buat aku fokus dan tak sabar nak tau apa cerita seterusnya dan kecewa sebab dah habis. (tapi kata xnk anime sampai episode ratus2 -_-)  sebab kan cerita2 ni berjaya buat aku fokus, aku ceritakan lah dekat dalam blog. yes, aku suka gila sampai terOVER-OVER. Over maksud aku sampai nak carik voice over yg buat suara, cari cosplay mane yang berjaya jadikan watak real life. hahaha. dan aku masih mencari lagi anime2 yang akan buat aku fokus, dan yang penting xnak lawak bodoh..hehehe. 

ok, penat taip lah. bye2!!